Sunday, May 18

CONTOH SOALAN & PERMARKAHAN


Bahagian Dua
[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.



Bahagian A

(Puisi Tradisional dan Prosa Tradisionai)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

Baca puisi di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

GURINDAM DUA BELAS
Ini gurindam fasal yang kelima:

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
Lihat kepada budi dan bahasa.

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
Bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.


(Dipetik daripada teks Hati Terkenang Mulut Menyebut
m/s
(a) Huraikan maksud rangkap pertama dan kedua. [4 markah]

Rangkap 1 - lmej sesuatu bangsa dapat dikenali melalui budi pekerti dan bahasa. [2m]

Rangkap 2 - Orang yang mencapai kesenangan hidup tidak akan melakukan amalan yang tidak
berfaedah. [2m]

maksimum 4 markah



(b) Analisis bentuk puisi di atas. [8 markah]

i. Terdiri daripada enam rangkap [2m]

ii. Bilangan baris dalam rangkap adalah sama
Contoh: setiap rangkap mengandungi dua baris [2m]
iii. Bilangan perkataan setiap baris tidak sama
Contoh: 4-7 perkataan/11-16 suku kata setiap baris [2m]
iv. Rima akhirnya sama/terikat [2m]
Contoh: aa
v. Bentuknya terikat/tidak bebas [2m]

Maksimum 8 markah


(c) Jelaskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam puisi tersebut. [8 markah]

i. Kesopanan
Contoh- tidak bersikap sombong/bangga diri [2m]
ii. Tekun / gigih
Contoh - sentiasa mencari ilmu melalui pembacaan/rajin bertanya [2m]
iii. Ramah mesra
Contoh - mengamalkan sikap ramah mesra dan berkelakuan baik
dálam pergaulan [2m]
iv. Pengurusan masa yang bijak /berkesan
Contoh - melakukan perkara yang berfaedah/berrnanfaat / berguna [2m]
v. Bijaksana
Contoh - bijak rnemanfaatkan akal fikiran dalam membuat sebarang
keputusan/tindakan [2m]

maksimum 8 markah


2. Berdasarkan cerita Pahlawan Terbilang Kerajaan Gemilang dalam teks Hati Terkenang Mulut Menyebut:

(a) Huraikan tema dalam cerita ini. [4 markah]

Keagungan dan kegernilangan Kesultanan Melayu Melaka pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah. [2m]

Contoh~Ketabahan / kebijaksanaan / kehandalan Tun Tuah dan rakan
rakannya menyebabkan Kerajaan Melayu Melaka dihormati dan
dicemburui oleh pihak lain. [2m]

maksimum 4 markah

(b) Berikan tiga unsur epik seperti yang digambarkan pada watak Hang Tuah dalam cerita tersebut. [6 markah]

i. Tun Tuah seorang yang cukup berani dan yakin diri [2m]

ii. Tun Tuah seorang yang taat tidak berbelah bahagi kepada raja
dan negara. [2m]

iii. Tun Tuah seorang yang bijak mengatur strategi /akal budi. [2m]

iv. Mempunyai keupayaan yang luar biasa [2m]

maksimum 6 markah


(c) Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam cerita tersebut. [6 markah]

i. Masyarakat melayu feudal.
Contoh — Zaman pemerintahan Raja Melaka [2m]

ii. Masyarakat Jawa.
Contoh — masyarakat yang tinggal di Majapahit sernasa
pemerintahan Seri Betara Majapahit [2m]

iii.Masyarakat yang setia pada raja.
Contoh — Tun Tuah sangat setia pada Raja Melaka. [2m]

iv. Masyarakat berkemahiran dalam bidang pelayaran.
Contoh — Rakyat Melaka mempunyai kernahiran dalam bidang
pelayaran/membina kapal [2m]

iv. Masyarakat mempunyai ilmu mempertahankan diri.
Contoh — Tun Tuah rnernpunyai ilmu
mempertahankan diri. [2m]

v. Masyarakat penuh tipu muslihat.
Contoh — Patih Gajah Mada menipu Tun Tuah dalam usaha menewaskan Tun Tuah [2m]

maksimum 10 markah



Bahagian B

(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.

3 Baca sajak di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

BURUNG-BURUNG DI PUNCAK GUNUNG
Ahmad Sarju

Bagai engkau hai burung-burung
bersarang hidup di puncak gunung
berlegar bebas bersiul riang
bagai engkau kucintai ini kehidupan.

Di ruang dunia yang terbuka
engkau terbangi gurun dan lautan
kegagahanmu bagai raja angkasa
menongkah angin menembus awan.

Engkau elang laut dan burung camar
terbang turun makan menyambar
mencecah kaki menyemai jasa
utusan damai lambang kebebasan.

Turunlah turun burung-burung tercinta
berkepak putih di sayap zaman
kepantasan dayamu tangkas dan liar
bagai kilat senja memecah sinar.

Bagai engkau hai burung-burung putih
sepantun kata anugerah terjunjung
kehidupan mi kebebasan nan salih
terlepas dan belenggu zaman berkabung.

Setiap desah nafasmu mengirim erti
kerana legaranmu adalah kebebasan pasti
seperti tifa kehidupan menjangkau tujuh benua
burung-burung zaman lambang kebebasan seluruh manusia.

(Dipetik daripada teks bacalah Dalam BahasamuJilidB m/s 133)

a) Nyatakan nama bentuk sajak di atas. [4 markah ]

Nama hentuk sajak:
Quantrain [2m]
Contoh — 4 baris serangkap [2m]

Maksimum 4 markah

b) Analisis gaya bahasa sajak tersebut. [10 markah]


i. Asonansi
Contoh — bersarang hidup di puncak gunung (vokal ‘u’) [2m]
ii. Aliterasi
Contoh — burung-burung zaman lambang kebebasan seluruh manusia. [2m]
iii. Pemilihan kata/diksi yang tepat/sesuai/menarik
Contoh — bertegar bebas bersiul riang [2m]
iv. Personifikasi
Contoh — kilat senja memecah sunyi [2m]
v. Metafora
Contoh — Sayap zaman [2m]
vi. Simile
Contoh — bagai engkau kucintai ini kehidupan. [2m]
vii. Inversi
Contoh- Kucintai ini kehidupan [2m]
viii. Pengulangan frasa
Contoh — Bagai engkau hai burung-burung [2m]
ix. Sinkof
Contoh — ku,mu [2m]

Maksimum 10 markah



c) Huraikan mesej sajak tersebut [ 6 markah ]

(i) Pengarang menyarankan kita menghargai kebebasan bersuara [2m]

(ii) Pengarang menyarankan kita mencintai kedamaian untuk menjadikan
kehidupan ini penuh kebahagiaan. [2m]

(iii) Pengarang menyarankan kita agar memperjuangkan kebebasan hidup bagi
keharmonian hidup manusia di dunia [2m]

(iv) Pengarang menyarankan kita agar bertindak secara rasional/tidak mengikut
perasaan. [2m]

Maksimum 6 markah






4. Berdasarkan drama Tikar Mengkuang Hamparan Bulu karya Abd. Talib Mohd Hasan,

a) Huraikan pemikiran drama tersebut. [4 markah ]

Pelbagai isu yang berlaku dalarn kehidupan masyarakat daripada pelbagai
golongan dan kedudukan. [2m]

Contoh - Pak Desa mewakili golongan masyarakat desa yang miskin [2m] - Paduka Demang yang mewakili masyarakat kaya yang
mementingkan kedudukan. [2m]

Maksimum: 4 markah


b) Kritikan sosial dalam drama di atas. [10 markah]

Kritikan sosial;

(i) Masyarakat yang mementingkan din sendiri.
Contoh: Paduka Demang mahukan penduduk kampung
menyambut kedatangannya secara besar-besaran. [2m]

(ii) Masyarakat yang suka membazir.
Contoh: Penduduk kampung menyediakan dua kali jamuan
untuk Paduka Demang. [2m]

(iii) Masyarakat yang mementingkan darjat.
Contoh: Paduka Demang tidak merestui perkahwinan anaknya
dengan orang miskin iaitu Seri Intan. [2m]

(iv) Masyarakat yang cuba melawan takdir
Contoh : Doktor memaksa Sen Intan menahan din untuk bersalin. [2m]

(v) Masyarakat yang suka mengampu
Contoh : Jabur suka mengampu Pak Desa sehingga Pak Desa lupa din. [2m]

(vi) Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.
Contoh: Paduka Demang tidak mahu menguruskan pengebumian
jenazah menantunya Seri Intan. [2m]

Maksimum 10 markah



c) Perwatakan Pak Desa. [6 markah]
(i) Watak utama dalam drama ini [1m]
(ii) Nama penuhnya ia!ah Desa bin Bujang [1m]
(iii) Seorang petani. [1m]
(iv) Bapa kepada Seri Intan [1m]
(v) Buta huruf [1m]
(vi) Mementingkan diri sendiri.
Contoh : Sanggup menerima bintang dan gelaran daripada Paduka Demang ketika anaknya
sedang sakit [2m]
(vii) Mementingkan jiran dan saudara mara
Contoh : Dia enggan membenarkan tikar mengkuangnya diganti dengan hamparan bulu supaya
jiran dan saudaranya dapat duduk apabila mereka datang ke rumahnya. [2m]
(viii) Suka bermegah.
Contoh : Dia bangga bermenantukan Demang Putera [2m]

Maksimum 6 markah



Bahagian C
(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6.

5. Berdasarkan cerpen Seorang Gadis Semangkuk Sayur Manis, karya Baharin Ramly,

(a) Nyatakan latar tempat cerita tersebut. [4 markah ]

Latar tempat:
(i) Paya [1m]
(ii) Hutan di kuala sungai [1m]
(iii) Pangkalan sungai [1m]
(iv) Rumah sakit [1m]
(v) Rumah Sumirah [1m]

Maksimum 4 markah


(b) Buktikan kasih sayang watak Sumirah terhadap ibunya. [8 markah]

Bukti kasih sayang Sumirah terhadap ibunya:

(1) Sumirah berusaha memenuhi kehendak ibunya mencari lokan dengan berdayung sampan seorang diri di kuala sungai [2m]

(ii) Sumirah sanggup berdepan dengan seekor harimau semasa mencari lokan untuk ibunya. [2m]

(iii) Sumirah berjaya menyediakan sayur manis untuk ibunya yang sedang sakit. [2m]

(iv) Surnirah terkilan kerana ibunya tidak sempat menikmati sajian sayur manis lokan yang disediakannya. [2m]

(v) Sumirah menangis apabila menerima berita kernatian ibunya daripada Abang Seman. [2m]


Maksimum 8 markah

(c) Huraikan konflik yang dihadapi oleh watak Sumirah. [8 markah]

Konflik watak Sumirah:

(i) Konflik Surnirah dengan dirinya. Contoh : Menolak lamaran yang akan diterrima kerana mahu
menjaga ibunya. [2m]

(ii) Konflik dengan ibunya. Contoh : cuba memenuhi perrnintaan ibunya yang ingin makan sayur manis lokan. [2m]

(iii) Konflik dengan abangnya. Contoh : Sikap abangnya yang tidak mengendahkan keluarga
selepas berkahwin. [2m]

(iv) Konflik dengan alam. Contoh : Surnirah terpaksa berdepan dengan babi dan harimau belang dalam usaha mendapatkan lokan. [2m]

(v) Konflik dengan adiknya. Contoh: Sumirah tidak membenarkan Dali mengikutnya kerana
bimbang akan keselamatannya. [2m]

Maksimum 8 markah


6 Berdasarkan novel Restu, karya Ismail Kasan,

(a) Tok Leman merupakan watak yang bersifat tidak amanah. Buktikan [4 markah]

i. Tok Leman tidak mengemukakan permohonan geran tanah penduduk kampung ke pejabat tanah yang menjadi punca krisis hidup masyarakat kampung. [2m]

ii. Tok Leman tidak menghadiri mesyuarat pengundian lot tanah di Balai Raya Kampung Penarik Hilir. [2m]

iii. Tok Leman menggelapkan wang RM3000 niilik arwah ayah lkram dan berjanji untuk mendapatkan geran bagi tanah hutan yang diterokai keluarga lkrarn. [2m]

Maksimum 4 markah


(b) Huraikan unsur-unsur Islam dalam novel tersebut. [8 markah]

Unsur—unsur Islam
I. Nama Islam.
Contoh; lkram, Jalil, Hasnah (yang berkaitan dengan teks) [2m]
ii. Tempat ibadat.
Contoh ; surau. [2m]
iii. Solat Sunat Taubat — dilakukan oleh Ikrarn atas penyesalannya kerana memegang
tangan Hasnah. [2m]
iv. Rukun Islam kelima.
Contoh ; emak Ikram menunaikan fardu haji ke Mekah [2m]
v. Memberi salam.
Contoh ; Ikram memberi salam ketika memulakan ucapan [2m]
vi. Bersyukur.
Contoh; Ikram bersyukur kerana tidak melepaskan penumbuk kepada Pak Nawi. [2m]
vii. Penyebutan nama Tuhan.
Contoh; Pak Usop rnengingatkan lkrarn bahawa Tuhan adalah pengadil kepada pengadil
dunia ini [2m]
viii. Penyebutan perkataan berunsur Islam.
Contoh ; korban/lnsyaallah/Al-Quran. [2m]

Maksimum 8 markah


(c) Jelaskan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Ikram sepanjang perkembangan
plot novel tersebut [8 markah]


Kejayaan-kejayaan watak utarna:
i. Berjaya dalam pelajaran/lulus universiti. [2m]
ii. Berjaya dalam kerjaya/menjawat jawatan A.D.O [2m]
iii. Berjaya dalam hubungan cinta dengan Hasnah [2m]
iv. Berjaya menggembirakan ibunya. [2m]
v. Berjaya dalam usahanya untuk membina pintu air. [2in]
vi. Berjaya menewaskan orang-orang yang memusuhinya. [2m]
vii. Berjaya membongkar rahsia siapa yang menikam Tok Leman. [2m]
viii. Berjaya mengubah kehidupannya / keluarga. [2m]
[Maksimum: 8 markhhj



PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

No comments: